Froggy Computer Welcome You...

Selamat Datang Semua.
Anda dijemput untuk explore apa sahaja yang ada dalam blog ini dan anda dibenarkan ambil/copy apa sahaja yang ada dalam blog ini. Sambil² anda melawat, apa kata kalau anda tinggalkan comment barang sepatah dua dan belanja saya kopi'o'. Warning.. Please read our submitted articles first... don't just simply see the pictures and critics...
Untuk memudahkan pencarian dalam blog ini sila letakkan site:froggycomputer-gerik.blogspot.com didalam ruangan "search".

Contoh jika anda ingin mencari ruangan berkaitan filem, taipkan:-
movie site:
froggycomputer-gerik.blogspot.com

Looking 4 Something??...

Blog Widget by LinkWithin

Intip-intip harga laptop...

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 10:06 PM comments (0)

Dari meja pengarang Froggy Computer
Apabila si teruna menulis.....

Apabila disebut laptop... ramai yang teringin malah ada juga yang mengidam... hehehe. Tapi bila diseluk poket dan ditenung-tenung buku bank yang ada masih belum mencukupi. Persoalannya, adakah ianya keperluan atau sekadar untuk bermegah-megah? Tepuk dada tanya selera. Rata-rata harga bagi sebuah laptop yang baru adalah sekitar RM1300 keatas bergantung kepada jenis model dan jenama bagi laptop tersebut. Memang mahal harganya... suratkhabar banyak memaparkan iklan-iklan penjualan komputer dan laptop. Penawaran harganya sangat hebat. Ada yang dijual khas kepada pelajar-pelajar secara ansuran setiap semester. Tetapi fikirkah anda bahawa harga tersbut jika dihitung menjadi TERLALU mahal! Kita lihat contoh bagi sebuah laptop jenis compaq presario CQ40-337TU. Berdasarkan harga yang ditawarkan oleh syarikat tersebut kepada pelajar, semester 1 pelajar harus membayar ansuran sebanyak RM1,200, Semester ke-2 RM1,300, Semester ke-3 RM900, Semester Ke-4 RM760 dan seterusnya sehinggalah kesemester yang ke-6. Disini dapat dilihat jumlah keseluruhan melebihi RM3,000 jika dibayar secara ansuran. Untuk makluman harga laptop jenis ini adalah sekitar RM1800-RM2000. Lihat disini.

Jadi adakah ini berbaloi untuk dibeli?