Froggy Computer Welcome You...

Selamat Datang Semua.
Anda dijemput untuk explore apa sahaja yang ada dalam blog ini dan anda dibenarkan ambil/copy apa sahaja yang ada dalam blog ini. Sambil² anda melawat, apa kata kalau anda tinggalkan comment barang sepatah dua dan belanja saya kopi'o'. Warning.. Please read our submitted articles first... don't just simply see the pictures and critics...
Untuk memudahkan pencarian dalam blog ini sila letakkan site:froggycomputer-gerik.blogspot.com didalam ruangan "search".

Contoh jika anda ingin mencari ruangan berkaitan filem, taipkan:-
movie site:
froggycomputer-gerik.blogspot.com

Looking 4 Something??...

Blog Widget by LinkWithin

Penipuan technician komputer.. Beware!!

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 12:08 AM comments (0)

Tak dinafikan lagi yang dunia ni penuh dengan penipuan.. froggy kali ini ingin memaparkan isu berkenaan dengan penipuan juruteknik komputer.. Orang yang repair PC / laptop kita ni lah.. Adakah diorang ni memang betul2 repair pc kita malah ada juga yang mengambil kesempatan? Hmm.. 8)

Berita disiarkan oleh Five TV -Stesen TV di United Kingdom (UK) mendedahkan penipuan yg dilakukan oleh juruteknik-juruteknik komputer.. Beberapa pakar di Five TV telah membuat siasatan di beberapa kedai komputer di UK dan hasil laporan yg diterima memang agak mengejutkan.. Beberapa orang pakar Five TV sengaja merosakkan laptop mereka dengan melonggarkan Internal Chip Memory (Komponen yang terdapat didalam laptop).. lihat gambar dibawah


Benda ni sebenarnya sangat mudah untuk dibaiki. ;) Kemudian Pakar ini menghantar laptop tu ke beberapa buah kedai komputer di sekitar UK untuk dibaik pulih..

Laptop sekarang dah ada internal camera right? So group technician yg jadi penyiasat ni pasang software apa ntah dalam laptop yang dihantar.. So diorang leh tengok dari laptop or PC diorang (kt office maybe) apa website / software, muka2 technician yang tengah repair laptop yg sengaja dirosakkan tu & macam2 lagi lah.. Kiranya macam tengah guna Team Viewer ah..

Hasil penyiasatan tersebut mmg mengejutkan.. Dari 6 kedai yang dihantar, hanya 1 kedai yg jujur mengatakan yg laptop tu cuma ada masalah kecil & boleh diperbaiki tanpa sebarang bayaran.. Tetapi kedai2 komputer lain mmg ada udang disebalik batu nesan.. Technician di kedai2 yg tak bertanggungjawab ni kenakan bayaran untuk komponen yg x rosak contohnya tipu pelanggan dengan mengatakan kena tukar motherboard la.. bla bla bla.. And kena tinggalkan laptop dekat kedai tu untuk beberapa hari.. Tu baru satu penipuan.. Ada lagi.. juruteknik teruk ni jugak dah bukak file2 personal dalam laptop tu.. Bukan setakat tu jer.. Diorang siap copy lagi personal information dalam laptop tu.. Password kan boleh saved dkt browser right? So diorang salin smua login detail yg diorang dapat & try akses account personal pemilik laptop tu.. :[

Bukan tu jer.. Diorang ni jugak try beberapa kali nak akses akaun bank pemilik laptop ni dengan password2 yang diorang dapat.. Tapi malang la sbb password akaun bank tu x sama dengan password yang diorang dapat.. ;)

Korang bleh usha video dekat youtube ni.. Tengok sndiri apa technician musibat ni buat..





so kepada sesiapa yang ingin membaiki komputer/laptop, berhati-hatilah. Pilihlah kedai yang baik. Jika boleh, tanya rakan-rakan berkenaan kedai membaiki komputer, cara perkhimatan dan servis yang ditawarkan.