Bersedialah untuk mengetahui website yang terbaik untuk kegunaan anda diinternet. Website yang kami katakan ini adalah website yang sering digunakan oleh Internet Marketer yang lain. Jadi apabila anda menjumpai website ini, kami cadangkan supaya anda bookmark website tersebut agar memudahkan pencarian anda di kemudian hari.
Anda boleh menggunakan 'book marking tool' pada web browser anda (Add to Favorites) atau anda juga boleh menggunakan tool yang ada di Google:
http://www.google.com/bookmarksExplore atau layari kesemua website yang kami perkatakan. Kemudian anda boleh memilih website yang terbaik untuk kegunaan anda. Kami cadangkan supaya anda gunakan 10 atau 20 minit untuk melayari setiap laman web tersebut.
BUAT... Ini bermakna anda harus mengambil tindakan diatas setiap yang anda harus buat. Selesaikan sesuatu sehingga anda berjaya. Kumpulkan segala maklumat yang berguna untuk anda.
Mencari website yang seringkali dilayari pengguna internet. Bagi memudahkan anda membuat kajian dan pencarian, anda harus mengunakan satu sumber dimana anda boleh memendekkan masa pencarian anda. Tidak perlulah anda melayari setiap satu persatu website dan bertanyakan kepada orang ramai didalam forum berkenaan website yang terbaik. Kami sering menggunakan perkhidmatan
alexa.com yang dimiliki oleh
amazon.com. Jika anda tidak berapa arif tentang laman web ini kami mencadangkan agar anda mengambil masa mempelajari keseluruhan isi kandungan website tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih website yang dilayari oleh ramai pengunjung. Disini kami telah senaraikan 20 website terbaik. Maklumat ini diperolehi dari
alexa.com. Jom lihat....
20 Website Yang Glamour!1. Google Membolehkan anda membuat pencarian web, maklumat dan gambar. Kandunagn Google ini meliputi page rank, maklumat serta tatabahsa bagi pencarian dan memberikan pilihan pencarian keyword atau perkataan carian. contohnya jika anda mencari buku dan anda akan menaip perkataan 'buku' pada kotak carian. Maka Google akan mencadangkan perkataan yang seumpamanya seperti 'buku baru dipasaran', 'buku wanita', buku 'kanak-kanak' dan sebagainya.
URL:
www.google.com2. YahooJuga website pencarian, email, chat room, keahlian kelab dan sebagainya.
URL:
www.yahoo.com 3. MyspaceLaman web mencari kenalan.
URL:
www.myspace.com4. YoutubeMembolehkan anda berkongsi pengalaman melalui video kepada semua orang. Anda juga boleh boleh membuat pengiklanan melalui video. Kami akan tunjukkan nanti.
URL:
www.youtube.com 5. FacebookLaman web sosial menghubungkan pelayar laman web diseluruh dunia, menghubungi kawan anda, meletakkan gambar, berkongsi links dan video.
URL:
www.facebook.com6. Windows LiveEnjin Carian bagi Microsoft
URL:
www.bing.com7. Microsoft Network (MSN)Portal Microsoft dan maklumat
URL:
www.msn.com8. EbayLaman web lelongan yang terkenal. Anda selamat untuk membuat bidaan, memneli belah dan berniaga. Peraturan yang dikenakan adalah ketat. Ini bagi memastikan pembeli dan penjual tidak tertipu semasa urusan menjual dan membeli. Sebenarnya laman web ini merupakan laman web yang terbanyak pencariannya. Ramai orang beranggapan bahawa Google memonopoli pencarian terbanyak.. tetapi sebenarnya Ebay. Ini bermakna rata-rata pengunjung diinternet bukan sahaja menggunakan internet untuk mencari maklumat, malah turut menggunakan internet sebagai tujuan membeli belah. Jadi inilah peluang anda untuk berniaga secara online.
URL:
www.ebay.com9. WikipediaDianggap 'kamus' dan ensiklopedia internet. memberi malumat terperinci bagi segala pencarian.
URL:
www.wikipedia.org10. Map QuestMemberi maklumat berkaitan sesuatu kawasan pencarian, peta, alamat, arah pemanduan dan kawasan-kawasan pelancongan untuk dikunjungi.
URL:
www.mapquest.com11. CraiglistPusat tumpuan bagi komuniti online, iklan percuma serta perbincangan forum bagi pelbagai topik.
URL:
www.craiglist.org12. Bloggerlaman web yang membolehkan anda membina blog secara percuma dengan menggunakan kaedah FTP (File Transfer Protokol)
URL:
www.blogger.com13. AmazonLaman web jualan secara online. cari saja apa yang anda inginkan. Jika anda berhajat untuk memulakan perniagaan internet, jadilah affiliate mereka. promosi produk yang ada di amazon dan dapatkan komisyen.
URL:
www.amazon.com
14. Daily motionAnda boleh muat turun video anda disini.
URL:
www.dailymotion.com/en15. Photo BucketMerupakan hosting bagi gambar. Muat turun gambar anda atau gambar yang anda gunakan untuk membina laman web anda. Ini juga satu kaedah 'backlinks'. Kami akan ceritakan menganai baklinks pada topik yang akan datang.
URL:
www.photobucket.com16. AnswersMenjawab segala pertanyaan anda. Semua jawapan dirujuk dari 100 ensiklopedia, kamus, glosari dan sebagainya.
URL:
www.answers.com17. Mega UploadMega Upload merupakan alaman web yang terbaik untuk penghantaran file, selamat dan percuma.
URL:
www.megaupload.com18. FlickrLaman web sosial. Anda boleh berkongsi gambar, berbual dan sebagainya.
URL:
www.flickr.com19. CNET DownloadMuat turun shareware, freeware dan demo untuk PC, Mac dan Linux. Pilih kategori yang sesuai. Laman web ini juga memberi maklumat mengenai segala periasian. Pastikan anda membacanya terlebih dahulu sebelum mendownload.
URL:
http://download.cnet.com/windows20. LinkedInKemudahan untuk mencari networking. Sangat berguna untuk rangkaian perniagaan.
URL:
www.linkedin.com