Froggy Computer Welcome You...

Selamat Datang Semua.
Anda dijemput untuk explore apa sahaja yang ada dalam blog ini dan anda dibenarkan ambil/copy apa sahaja yang ada dalam blog ini. Sambil² anda melawat, apa kata kalau anda tinggalkan comment barang sepatah dua dan belanja saya kopi'o'. Warning.. Please read our submitted articles first... don't just simply see the pictures and critics...
Untuk memudahkan pencarian dalam blog ini sila letakkan site:froggycomputer-gerik.blogspot.com didalam ruangan "search".

Contoh jika anda ingin mencari ruangan berkaitan filem, taipkan:-
movie site:
froggycomputer-gerik.blogspot.com

Looking 4 Something??...

Blog Widget by LinkWithin

Kongsi Desktop anda dengan rakan...

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 10:51 PM comments (0)

Dim dim membolehkan anda berkongsi maklumat desktop. Ianya sesuai digunakan apabila mengadakan mesyuarat maya. Anda boleh menunjukkan apa yang anda lakukan melalui komputer anda. Jika berlaku sebarang kerosakan, rakan anda mampu mengenalpasti kerosakan pada komputer anda dari jarak jauh. Layari laman web dimdim

Rakam paparan di Skrin Komputer anda dengan mudah!

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 10:29 PM comments (0)


Jing Project adalah sistem yang terbaik pernah kami gunakan untuk mempromosikan perniagaan kami diinternet. Ianya sangat mudah digunakan. Anda boleh merekodkan segala yang dipaparlan di skrin monitor anda. Jadikan ianya sebagai video dan muat turun video tersebut di Youtube. sistem ini sesuai digunakan apabila anda ingin menunjukkan kaedah melakukan sesuatu. "How to do stuff". Anda melakukannya seolah-olah mereka berada dihadapan anda... Ianya juga percuma. Great! Untuk makluman lebih lanjut, anda boleh melayari laman web ini www.jingproject.com. Anda juga boleh mengunjungi blog Jing Project http://blog.jingproject.com.

Ramai pengguna internet telah menggunakannya. Rata-rata pengguna memberi maklum balas yang baik. KLIK DISINI

Selesaikan satu persatu... Istikarah

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 10:06 PM comments (0)

Yang MUDAH kita selesaikan sekarang, yang SUSAH kita kerjakan nanti, yang MUSTAHIL kita kerjakan esok.Allayarham Pak Natsir, Mantan Perdana Menteri Indonesia & Ketua Umum Masyumi.


Kata-kata hikmah ini memberikan aku seribu makna agar membuat sesuatu perkara itu dengan ada tujuan dan matlamatnya. Perkembangan idealisme tidak seharusnya dikeluarkan secara terburu-buru. Ianya harus dilakukan satu persatu agar segala apa yang diidamkan kelihatan jelas dan berhasil.

Aku sendiri tidak pasti apakah yang aku lakukan ini akan berjaya. Tetapi dengan doa dan harapan serta matlamat yang telah dirangkakan, aku yakin bahawa apa yang aku lakukan bersama sahabatku 'e' bukanlah sia-sia.... Insyaallah...

B.B.Q dipanggang dengan semangat kejiranan....

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 11:45 AM comments (0)


Salam... asyik sedut info je... bosan gak kan.. so kita take five la... takpun take 'five jam'.. hiks! tido la cket.. mata ngantok ma.... esok sambung...

So after solat maghrib tadi kami dijemput untuk makan malam di kediaman Abg Joe a.k.a Soparjo... Gurau je... hehehe. So menu utamanya adalah B.B.Q. dengar pun terliur kan... aapatah lagi bila memakannya. Kat sini aku bukan teruja sangat dengan makanan yang dihidangkan. Tetapi aku teruja dengan semangat kejiranan diantara mereka. Lorong di Taman permahan abg.joe baik-baik belaka. Dari petang sampai malam bergotong royong untuk menyiapkan makanan. Apa yang menariknya, mereka adakan jamuan pada setiap minggu. seronoknya.... Macam ni la yang kita mahu.. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.... teruskan semangat kejiranan tu abg joe... bangga nye... bangga..bangga.. sob..sob..sob...


p/s: bersatu kita teguh... jangan plak bercerai kahwin lain...

20 website popular...

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 8:30 AM comments (0)

Bersedialah untuk mengetahui website yang terbaik untuk kegunaan anda diinternet.

Website yang kami katakan ini adalah website yang sering digunakan oleh Internet Marketer yang lain. Jadi apabila anda menjumpai website ini, kami cadangkan supaya anda bookmark website tersebut agar memudahkan pencarian anda di kemudian hari.

Anda boleh menggunakan 'book marking tool' pada web browser anda (Add to Favorites) atau anda juga boleh menggunakan tool yang ada di Google: http://www.google.com/bookmarks

Explore atau layari kesemua website yang kami perkatakan. Kemudian anda boleh memilih website yang terbaik untuk kegunaan anda. Kami cadangkan supaya anda gunakan 10 atau 20 minit untuk melayari setiap laman web tersebut.

BUAT... Ini bermakna anda harus mengambil tindakan diatas setiap yang anda harus buat. Selesaikan sesuatu sehingga anda berjaya. Kumpulkan segala maklumat yang berguna untuk anda.

Mencari website yang seringkali dilayari pengguna internet.

Bagi memudahkan anda membuat kajian dan pencarian, anda harus mengunakan satu sumber dimana anda boleh memendekkan masa pencarian anda. Tidak perlulah anda melayari setiap satu persatu website dan bertanyakan kepada orang ramai didalam forum berkenaan website yang terbaik. Kami sering menggunakan perkhidmatan alexa.com yang dimiliki oleh amazon.com. Jika anda tidak berapa arif tentang laman web ini kami mencadangkan agar anda mengambil masa mempelajari keseluruhan isi kandungan website tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih website yang dilayari oleh ramai pengunjung. Disini kami telah senaraikan 20 website terbaik. Maklumat ini diperolehi dari alexa.com. Jom lihat....

20 Website Yang Glamour!

1. Google
Membolehkan anda membuat pencarian web, maklumat dan gambar. Kandunagn Google ini meliputi page rank, maklumat serta tatabahsa bagi pencarian dan memberikan pilihan pencarian keyword atau perkataan carian. contohnya jika anda mencari buku dan anda akan menaip perkataan 'buku' pada kotak carian. Maka Google akan mencadangkan perkataan yang seumpamanya seperti 'buku baru dipasaran', 'buku wanita', buku 'kanak-kanak' dan sebagainya.
URL: www.google.com

2. Yahoo
Juga website pencarian, email, chat room, keahlian kelab dan sebagainya.
URL: www.yahoo.com

3. Myspace
Laman web mencari kenalan.
URL: www.myspace.com

4. Youtube
Membolehkan anda berkongsi pengalaman melalui video kepada semua orang. Anda juga boleh boleh membuat pengiklanan melalui video. Kami akan tunjukkan nanti.
URL: www.youtube.com

5. Facebook
Laman web sosial menghubungkan pelayar laman web diseluruh dunia, menghubungi kawan anda, meletakkan gambar, berkongsi links dan video.
URL: www.facebook.com

6. Windows Live
Enjin Carian bagi Microsoft
URL: www.bing.com

7. Microsoft Network (MSN)
Portal Microsoft dan maklumat
URL: www.msn.com

8. Ebay
Laman web lelongan yang terkenal. Anda selamat untuk membuat bidaan, memneli belah dan berniaga. Peraturan yang dikenakan adalah ketat. Ini bagi memastikan pembeli dan penjual tidak tertipu semasa urusan menjual dan membeli. Sebenarnya laman web ini merupakan laman web yang terbanyak pencariannya. Ramai orang beranggapan bahawa Google memonopoli pencarian terbanyak.. tetapi sebenarnya Ebay. Ini bermakna rata-rata pengunjung diinternet bukan sahaja menggunakan internet untuk mencari maklumat, malah turut menggunakan internet sebagai tujuan membeli belah. Jadi inilah peluang anda untuk berniaga secara online.
URL: www.ebay.com

9. Wikipedia
Dianggap 'kamus' dan ensiklopedia internet. memberi malumat terperinci bagi segala pencarian.
URL: www.wikipedia.org

10. Map Quest
Memberi maklumat berkaitan sesuatu kawasan pencarian, peta, alamat, arah pemanduan dan kawasan-kawasan pelancongan untuk dikunjungi.
URL: www.mapquest.com

11. Craiglist
Pusat tumpuan bagi komuniti online, iklan percuma serta perbincangan forum bagi pelbagai topik.
URL: www.craiglist.org

12. Blogger
laman web yang membolehkan anda membina blog secara percuma dengan menggunakan kaedah FTP (File Transfer Protokol)
URL: www.blogger.com

13. Amazon
Laman web jualan secara online. cari saja apa yang anda inginkan. Jika anda berhajat untuk memulakan perniagaan internet, jadilah affiliate mereka. promosi produk yang ada di amazon dan dapatkan komisyen.
URL: www.amazon.com

14. Daily motion
Anda boleh muat turun video anda disini.
URL: www.dailymotion.com/en

15. Photo Bucket
Merupakan hosting bagi gambar. Muat turun gambar anda atau gambar yang anda gunakan untuk membina laman web anda. Ini juga satu kaedah 'backlinks'. Kami akan ceritakan menganai baklinks pada topik yang akan datang.
URL: www.photobucket.com

16. Answers
Menjawab segala pertanyaan anda. Semua jawapan dirujuk dari 100 ensiklopedia, kamus, glosari dan sebagainya.
URL: www.answers.com

17. Mega Upload
Mega Upload merupakan alaman web yang terbaik untuk penghantaran file, selamat dan percuma.
URL: www.megaupload.com

18. Flickr
Laman web sosial. Anda boleh berkongsi gambar, berbual dan sebagainya.
URL: www.flickr.com

19. CNET Download
Muat turun shareware, freeware dan demo untuk PC, Mac dan Linux. Pilih kategori yang sesuai. Laman web ini juga memberi maklumat mengenai segala periasian. Pastikan anda membacanya terlebih dahulu sebelum mendownload.
URL: http://download.cnet.com/windows

20. LinkedIn
Kemudahan untuk mencari networking. Sangat berguna untuk rangkaian perniagaan.
URL: www.linkedin.com

Aku yang tak tahu apa-apa...

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 2:54 AM comments (0)

Sesuatu yang baik adalah "mengaku bahawa anda tidak tahu"

Socrates (ahli falsafah Greek) mengatakan bahawa :"The only true wisdom is knowing you know nothing". Falsafah yang sangat bermakna. Betul tak?

Kebanyakan orang tidak sedar yang mereka tidak tahu banyak perkara didalam dunia ini. Mereka menganggap apabila umur semakin matang, semuanya mereka tahu. Ini adalah perkara yang sangat menyedihkan. Ada pula yang tidak tahu, tetapi tidak pedulikan semua itu. sepatutnya mereka berubah dan mempelajari sesuatu yang mereka tidak tahu. kan itu lebih menarik.

Dalam pemerhatian kami... dalam perniagaan ramai yang merungut kenapa perniagaan mereka tidak berhasil. mereka tahu kesilapan yang dilakukan dalam perniagaan tetapi tidak mahu mempelajarinya... Jika diajak ke seminar keusahawanan mereka akan menjawab:

"Apa, ada seminar pada hari Ahad, waktu cuti?"

"LUPAKAN LAH... Aku ada banyak kerja yang lebih penting untuk dilakukan!"

Kami sering terfikir : APA YANG LEBIH PENTING DARI MEMPELAJARI SESUATU YANG SANGAT BERGUNA UNTUK MEREKA??

Sedarkah anda internet memberi "peluang" kepada peniaga online dan offline untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Tetapi ada yang masih tidak sedar dan faham kepentingannya!

Kita lihat youtube.com sebagai contoh. Idea mudah yang telah dibina oleh dua remaja dan 16 bulan kemudian mendapat pengiktirafan oleh banyak pihak serta laman web itu dibeli oleh Google dengan harga USD1.6 BILLION. wOw!

Internet juga membuat kan seseorang itu menjadi popular. "Instant celebrity" hehehe. kalau anda tak percaya cuba anda lihat pelawak ni. namanya Judson Laipply (waktu kami menulis blog ini, pengunjung yang melihat adalah seramai 124,162,633 orang. Klik disini untuk lihat video.

Tetapi masih ada yang belum memahami kepentingan internet untuk perniagaan.

Internet juga membolehkan kita menambah pendapatan walaupun ramai yang menganggapnya mustahil! Ada juga digunakan untuk kepentingan politik.

Contohnya, Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama mengaut suku billion keuntungan bagi kempen pilihan raya melalui internet. Obama menceritakan profile peribadinya melalui internet bagi mendapatkan sokongan semua golongan masyarakat yang sewaktu itu mengatakan mustahil bagi beliau untuk menjadi Presiden Kulit Hitam pertama Amerika. Tapi melalui internet beliau berjaya meraih undi dari rakyat tempatan dari segenap kaum dan masyarakat. Lihat... itu lah hasilnya...

Obama juga mewujudkan dana bantuan atau sumbangan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan. Dana ini dikumpulkan melalui laman web nya. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai orang mengundi Obama.

...and yet still people don't get it!

Internet akan membawa pelanggan anda terus ke kedai anda walaupun kedai anda itu hampir lingkup... percayalah.... KAMI MEMULAKAN PERNIAGAAN MENSERVIS KOMPUTER DARI RUMAH.. tetapi dengan internet... kami mampu mengajak pelanggan kami kerumah untuk memberikan perkhidmtan.... apa yang penting strategi... untuk mendapatkan strategi pelu adanya ilmu.. untuk dapatkan ilmu... nah, kami dah beri pada anda.. teruskan bacaan anda ye...

Apa yang menariknya tentang perniagaan internet adalah anda juga boleh memberikan perniagaan jenis perkhidmatan... Bagi yang pandai membuat rekaan grafik, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda di internet... percaya atau tidak... ada yang mampu mencecah sehingga puluhan ribu ringgit bagi sesuatu rekaan grafik. (USD plak tuh).

Bak kata astro macam-macam ada dalam internet nih... cuma yang penting sekarang nih, jika anda berminat anda perlu mempelajarinya lebih dalam lagi... yang penting adalah ilmu...

Tetapi adakah benar kata-kata kami ni? Bagaimana semua itu boleh dilakukan?

Mudah saja...

Mereka tidak tahu apa yang mereka perlu tahu...


Dalam blog ini, saya akan mendedahkan perkara yang anda tidak pernah dengar atau lihat. mungkin sudah ada yang melihatnya atau mungkin belum.. jadi bagi yang belum sama-samalah kita belajar dan yang sudah tahu, komen-komen dan silalah tunjuk ajar ye... Ingatlah adalah lebih baik jika anda mengetahui yang anda tidak tahu (Socrates).

Kami harap blog ini membuatkan anda semakin lapar untuk mempelajari perniagaan internet ataupun perniagaan offline (perniagaan alam nyata). Ingatlah anda perlu berusaha.. tiada yang lebih baik dari USAHA.


Internet....Untuk berseronok atau berniaga?

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 1:55 AM comments (0)

Pernahkan anda menonton filem "The Matrix"? Kami suka babak apabila Morpheus tunjukkan Neo dua biji Pil. Morpheus berkata: "If you take the red pill, you'll wake up tomorrow safely in your bed believing whatever you want to believe. If you take the blue pill however, I'll show you just how deep the rabbit hole goes".

Apa kaitannya dengan internet? dalam ayat tadi ianya bermaksud kebanyakan orang suka apabila menghantar dan menerima email di internet. Mencari dan melayari laman web yang mereka gemari. Menggunakan Online Banking Maybank2u dan mencari kenalan baru di Myspace atau Facebook.

Kalau itu anda, takpe.. tak menjadi masalah.. tetapi coretan saya ini sia-sia saja.. walaubagaimanapun, jika anda berminat, rahsia ini akan:

  1. Meningkatkan produktiviti
  2. Belajar untuk menghubungi dan bekerjasama dengan IM dari luar negara.
  3. Hasilkan wang tambahan melalui internet.
  4. Menjadi webmaster yang lebih berkredibiliti.
  5. Belajar menggunakan SEO (Search Engine Optimization)
  6. Mengetahui kaedah terbaik untuk membina blog.
  7. Mengetahui penggunaan email yang boleh membantu anda untuk mendapatkan wang.
  8. Mengetahu cara dan kaedah yang betul untuk membuat movie.
  9. Belajar menggunakan Free software dengan betul dan...
banyak lagi yang pelu anda tahu... semuanya percuma.. sedut je.. stick with us as we "tumble down the rabbit hole."

Berubah atau diubah...?

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 12:52 AM comments (0)

Dari meja pengarang... Froggy Computer

Salam semua, rasanya tidak adil bagi kami mengaut keuntungan dari apa yang akan kami persembahkan ini. Ianya ikhlas dari hati kami bagi membantu rakan-rakan semua. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan serta tunjuk ajar rakan-rakan yang lain sehingga kami mampu membuka perniagaan online dan offline. Anda semua telah merubah pemikiran kami menjadi lebih matang! Thanks....

Maklumat didalam blog ini bakal merubah hidup anda... SELAMANYA....!

berapa kali dalam hidup ini anda mendengar sesuatu perkara dapat merubah hidup anda? Bagi saya perkataan ni dah "lapok". Pernah anda terbaca perkataan ini :-

  1. Sistem UPT***D ini dapat merubah kehidupan anda selama-lamanya....
  2. Jual Gelang Magnet ini dapat ubah hidup anda dari miskin mnjadi kaya... (psst.. sebaliknya jadi lebih miskin.. yang kaya orang yang menganjurkan program tuh)
  3. Seminar ini boleh mengubah kehidupan anda... Ades... gi seminar je... kalau tak kena bayar duit tuk join tak sah!
Jadi anda akan dengar perkataan ni selama-lamanya.... Semua orang nak kaya...Tapi betul ke cara tu.... Kemana saja anda pergi orang akan mempromosi dan menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk anda... tak terfikir ke anda.. kenapa dia datang dari jauh... contohnya dari Ipoh ke Gerik semata-mata tuk buat anda jadi kaya? Susahnya dia kena kerja.. kena pergi jauh... Anda pula bagaimana.. Tentu anda kena pergi sampai ke Kelantan atau Pahang tuk buat diri anda kaya... Dapatkah itu merubah hidup anda... terpaksa tinggalkan anak dan isteri tuk berniaga jauh-jauh....

Apa yang kami tak suka adalah perkataan "AKAN" dalam ayat saya akan merubah hidup anda.. adalah satu janji yang tiada penghujungnya.... mampukah anda berjanji dengan bakal client anda tuk menjadikan dia kaya... Ya! kalau dia tak berusaha macam mana nak berjaya kan... tapi mampu ke anda membantu dia setiap waktu tuk dia berjaya...? Kalau dia dari Pahang... anda plak di Gerik... mampu ke anda pergi sekadar tuk bantu dia... Ramai yang menganggapkan memasuki MLM atau perniagaan yang seumpamanya boleh membuatkan seseorang itu keluar dari kehidupan yang susah.... mereka percaya dengan perkataan "AKAN" seperti yang diucapkan itu mampu merubah hidup mereka... boleh pakai BMW la.. Rumah Banglo la... Tapi berapa ramai yang boleh pakai kalau ditempat anda ada beribu-ribu orang yang menyertainya....

Maaf.. kami tak kata MLM ini tidak berjaya... dengan adanya ilmu dan strategi kita tetap akan berjaya.. cuma anda perlu kaji MLM tu ditempat anda.. dan cara perniagaan serta komisyen yang diberikan... Jangan sampai anda ditinggalkan keseorangan tanpa bantuan penaja anda.. maklumlah.. dia di Ipoh.. anda di Gerik...

Apa yang penting adalah anda harus berubah... bukan produk atau sistem itu yang merubah hidup anda...YOU MUST TAKE ACTION!

Saya akan memberikan laman web yang berguna untuk anda sekiranya anda berminat dalam perniagaan secara online.. Ianya tiada di suratkhabar ataupun forum-fotum diinternet... Infact, some of these resource are so 'underground' that only selected few know about them dan tak hairanlah ada sesetengah internet marketer akan sedih dan marahkan saya kerana membongkarkan rahsia ini.

Jadi percayalah.. jika anda ikut segala petunjuk di blog ini maka insyaallah anda akan berjaya..