Froggy Computer Welcome You...

Selamat Datang Semua.
Anda dijemput untuk explore apa sahaja yang ada dalam blog ini dan anda dibenarkan ambil/copy apa sahaja yang ada dalam blog ini. Sambil² anda melawat, apa kata kalau anda tinggalkan comment barang sepatah dua dan belanja saya kopi'o'. Warning.. Please read our submitted articles first... don't just simply see the pictures and critics...
Untuk memudahkan pencarian dalam blog ini sila letakkan site:froggycomputer-gerik.blogspot.com didalam ruangan "search".

Contoh jika anda ingin mencari ruangan berkaitan filem, taipkan:-
movie site:
froggycomputer-gerik.blogspot.com

Looking 4 Something??...

Blog Widget by LinkWithin

Aku yang tak tahu apa-apa...

Posted by Froggy Computer-kedai membaiki komputer on 2:54 AM

Sesuatu yang baik adalah "mengaku bahawa anda tidak tahu"

Socrates (ahli falsafah Greek) mengatakan bahawa :"The only true wisdom is knowing you know nothing". Falsafah yang sangat bermakna. Betul tak?

Kebanyakan orang tidak sedar yang mereka tidak tahu banyak perkara didalam dunia ini. Mereka menganggap apabila umur semakin matang, semuanya mereka tahu. Ini adalah perkara yang sangat menyedihkan. Ada pula yang tidak tahu, tetapi tidak pedulikan semua itu. sepatutnya mereka berubah dan mempelajari sesuatu yang mereka tidak tahu. kan itu lebih menarik.

Dalam pemerhatian kami... dalam perniagaan ramai yang merungut kenapa perniagaan mereka tidak berhasil. mereka tahu kesilapan yang dilakukan dalam perniagaan tetapi tidak mahu mempelajarinya... Jika diajak ke seminar keusahawanan mereka akan menjawab:

"Apa, ada seminar pada hari Ahad, waktu cuti?"

"LUPAKAN LAH... Aku ada banyak kerja yang lebih penting untuk dilakukan!"

Kami sering terfikir : APA YANG LEBIH PENTING DARI MEMPELAJARI SESUATU YANG SANGAT BERGUNA UNTUK MEREKA??

Sedarkah anda internet memberi "peluang" kepada peniaga online dan offline untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Tetapi ada yang masih tidak sedar dan faham kepentingannya!

Kita lihat youtube.com sebagai contoh. Idea mudah yang telah dibina oleh dua remaja dan 16 bulan kemudian mendapat pengiktirafan oleh banyak pihak serta laman web itu dibeli oleh Google dengan harga USD1.6 BILLION. wOw!

Internet juga membuat kan seseorang itu menjadi popular. "Instant celebrity" hehehe. kalau anda tak percaya cuba anda lihat pelawak ni. namanya Judson Laipply (waktu kami menulis blog ini, pengunjung yang melihat adalah seramai 124,162,633 orang. Klik disini untuk lihat video.

Tetapi masih ada yang belum memahami kepentingan internet untuk perniagaan.

Internet juga membolehkan kita menambah pendapatan walaupun ramai yang menganggapnya mustahil! Ada juga digunakan untuk kepentingan politik.

Contohnya, Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama mengaut suku billion keuntungan bagi kempen pilihan raya melalui internet. Obama menceritakan profile peribadinya melalui internet bagi mendapatkan sokongan semua golongan masyarakat yang sewaktu itu mengatakan mustahil bagi beliau untuk menjadi Presiden Kulit Hitam pertama Amerika. Tapi melalui internet beliau berjaya meraih undi dari rakyat tempatan dari segenap kaum dan masyarakat. Lihat... itu lah hasilnya...

Obama juga mewujudkan dana bantuan atau sumbangan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan. Dana ini dikumpulkan melalui laman web nya. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai orang mengundi Obama.

...and yet still people don't get it!

Internet akan membawa pelanggan anda terus ke kedai anda walaupun kedai anda itu hampir lingkup... percayalah.... KAMI MEMULAKAN PERNIAGAAN MENSERVIS KOMPUTER DARI RUMAH.. tetapi dengan internet... kami mampu mengajak pelanggan kami kerumah untuk memberikan perkhidmtan.... apa yang penting strategi... untuk mendapatkan strategi pelu adanya ilmu.. untuk dapatkan ilmu... nah, kami dah beri pada anda.. teruskan bacaan anda ye...

Apa yang menariknya tentang perniagaan internet adalah anda juga boleh memberikan perniagaan jenis perkhidmatan... Bagi yang pandai membuat rekaan grafik, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda di internet... percaya atau tidak... ada yang mampu mencecah sehingga puluhan ribu ringgit bagi sesuatu rekaan grafik. (USD plak tuh).

Bak kata astro macam-macam ada dalam internet nih... cuma yang penting sekarang nih, jika anda berminat anda perlu mempelajarinya lebih dalam lagi... yang penting adalah ilmu...

Tetapi adakah benar kata-kata kami ni? Bagaimana semua itu boleh dilakukan?

Mudah saja...

Mereka tidak tahu apa yang mereka perlu tahu...


Dalam blog ini, saya akan mendedahkan perkara yang anda tidak pernah dengar atau lihat. mungkin sudah ada yang melihatnya atau mungkin belum.. jadi bagi yang belum sama-samalah kita belajar dan yang sudah tahu, komen-komen dan silalah tunjuk ajar ye... Ingatlah adalah lebih baik jika anda mengetahui yang anda tidak tahu (Socrates).

Kami harap blog ini membuatkan anda semakin lapar untuk mempelajari perniagaan internet ataupun perniagaan offline (perniagaan alam nyata). Ingatlah anda perlu berusaha.. tiada yang lebih baik dari USAHA.


0 comments:

Post a Comment